BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 3, 2009

Final Piala Malaysia-Kelantan vs Negeri Sembilan

Hahaha .....haharun
Hr ni kita bukan nk diskus pasal lagu..tp pasal bola sepak..bukan epl,bukan la liga sepanyol,bukan serie A itali,bukan pasal prestasi liverpool cm mentibang,bukan pasal pertemuan chelsea vs man u hjg mggu ni tp pasal Final piala Malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan

Secara peribadi, kelantan adalah pasukan pilihan...Walau bagaimanapun perjuangan masih belum selesai untuk mengharungi minimum 90 minit lagi bagi menjulang Piala yang paling menjadi tumpuan dalam arena bolasepak Malaysia. Di atas kertas buat masa ini memang Kelantan berpeluang penuh menjulang Piala Malaysia, tetapi harus diingat yang sukan yang sama-sama kita semua dambakan ini boleh menjadikan pasukan kuat menjadi kerdil atau daripada pemain lemah menjadi ‘hero’ .

Piala Dunia 1982 memahatkan Italy sebagai Juara Dunia dengan Paolo Rossi menjadi heronya … tapi sebelum itu, siapakah Paolo Rossi? .. semua orang tak mengenalinya. Begitu juga dengan Ronaldo dengan kisah tragis ’sawan-nya’ ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1998 .. daripada ‘phenomenom’ kepada ayam belasahan media massa local dan antarabangsa.

Sebenarnya kebangkitan Kelantan bukan bermula dengan sekelip mata. Daripada Tan Sri Annuar Musa dan kombinasi awal dengan memilih Cikgu Jan ( Coach Norizam ) dan kemudian P Butler yang mula-mula menaburkan benih yang hampir dapat Kelantan tuai pada musim ini. Kombinasi ini jugalah yang menunjukkan beberapa perkara yang harus dilihat FAM sebagai suatu model. Majlis Pengenalan pemain Kelantan dilakukan di Shopping Complex yang tersohor di Kota Bharu juga mempunyai maksud yang mendalam bagi memancing para peminat negeri Kelantan.

Namun sayangnya sekali lagi, kerana pihak KAFA sepatutnya menjadikan ‘merchandise’ menjadi suatu cabang bagi menjana pendapatannya. Kerjasama dengan Sportzone sebenarnya suatu langkah yang paling tepat bagi menjadikan ianya lebih berkesan tetapi hari ini kita masih melihat yang t-shirt dan lain-lain momento ‘pirate’ masih banyak berleluasa dijual merata-rata.





Kehadiran To'Guru membawa petanda baik

Berbalik kepada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 .. Kelantan Vs Negeri Sembilan… pertemuan Halim Napi vs Si Kembar N9 .. pertemuan antara midfielder generasi lama (Rezal Zambri, Idris Karim ) dengan perancang baru (Daudsu, Khairan, Indra, Rizal ) … pertemuan Wan Jamak vs B Sathia … semua ini memungkinkan pertemuan klasik penutup tirai Piala Malaysia dekad ini.. Walaupun N Sembilan dengan ramai pemain dan bekas-bekas kebangsaan dibandingkan dengan Kelantan hanya mengharapkan Indra seorang yang menjadi first-eleven Malaysia. Begitu juga anugerah 100 Plus FAM yang baru-baru ini membariskan hanya 2 orang pemain Kelantan (Indra dan Ezrie ) menampakkan sedikit pilih kasih panel pemilihannya.

Tidak adakah pemain Kelantan lain yang berkaliber yang boleh dicadangkan dalam senarai Anugerah 100 Plus FAM itu… kemanakan Zamri ( bagi pemain harapan ), kemanakah Farhan ( yg membuktikan kepada Rajagopal baru2 ini )….. dimanakan taraf Farisham, pertahanan Kelantan yang pada saya sangat ‘cool’ atau ke manakah Halim Napi yang jikalau satu lawan satu memberikan lawan kurang 5 % kebarangkalian untuk melepasinya…. Itu hanya sedikit … kerana sebenarnya terdapat pemain lain juga berpotensi ( lebih-lebih lagi yang muda seperti Nizab Ayub, Ailim, Rojo, Daudsu, Khairan, Rizal dan Hanif )




Faktor ‘Piya’ juga memainkan peranannya yang tersendiri buat pasukan Kelantan. Kapten yang cedera teruk (patah kaki) ini menjadikan peminat lebih ‘mendekati’ Kelantan kerana kaptennya orang Kelantan. Namun sekarang tidak begitu… oleh kerana Kelantan tengah ‘naik syeikh’… dan Indra juga bijak memainkan peranannya, dengan karektornya yang semakin ‘gedebe’ dan agak ‘robust’ menjadikan beliau semakin menyelami budaya ‘gedebe’ masyarakat Kelantan (nota: Gedebe dalam konteks orang Kelantan bukan membabi buta sebenarnya tetapi apabila rasa diri ditindas atau di anak tirikan seperti yang sama-sama dirasakan penyokong Kelantan selama ini oleh FAM ( ini pendapat peribadi ).


Sabtu ini memungkinkan segalanya buat Kelantan .. menang akan menjadi suatu sejarah.. kalah juga menjadi suatu sejarah.. Memang kesian kepada wargakota Sabtu ini kerana semua chef-chef tomyam akan berkampung di Bukit Jalil….. Walau apa-pun, untuk penyokong Kelantan, harap jangan mengabaikan Solat pada hari perlawanan tersebut… InsyaAllah kemenangan akan dipihak Kelantan… kerana ini lah yang kita semua doa-kan dan buat semua pemain Kelantan, tiada lagi kemuncaknya selain daripada hari sabtu ini. Bermainlah dengan penuh semangat dan jagalah psikologi pihak lawan ( seperti biasa mereka akan bermain robust dan akan berpura-pura sakit atau melambatkan permain ; buktinya ialah Separuh Akhir Piala FA di Kota Bharu)


Buat penyokong dan penonton bolasepak serta pencacai bolasepak .. nikmatilah perlawanan akhir ini dengan semangat penonton yang sejati … kita boleh jadi ‘ULTRAs’ tapi jagalah jatidiri masing-masing.. semua mata akan tertumpu kepada game ini.. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak kita yang menonton perlawanan ini, kerana merekalah yang akan menjadi tali hayat kita nanti bagi menjadikan Malaysia sebagai ‘contender’ dalam Piala Dunia.


Buat Rakyat Kelantan ; Buat apa kita berfikir panjang lagi… Ayuh kita semua ke Bukit Jalil Sabtu ini…. Peristiwa perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan ini bukan boleh berlaku setiap minggu … Jadi … marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada Kelantan dan bolasepaka Malaysia khasnya … InsyaAllah KELANTAN AKAN MENJADI JUARA dengan DOA TUAN/PUAN…




Rakyat Kelantan berpusu2 mendapatkan tiket di kota baru.



Dengan info2 tersobut,dapatlah kita menjangkakan keputusan perlawanan itu nanti..bg diri sy...sy sgt yakin kelantan akan menang paling busuk pon 2-0



Kelantan........u will never walk alone!!!!!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

JS-Kit Comments